Arahan Penggunaan Sistem

Sebagai pengguna kali pertama, anda harus maklum bahawa terdapat pelbagai langkah keselamatan yang digunapakai pada sistem aplikasi ini.

Untuk menjalankan transaksi seperti pendaftaran premis atau pembaharuan Pendaftaran Premis, anda perlulah mendaftar untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan. Setelah ID Pengguna dan Kata Laluan diperolehi, anda boleh menjalankan transaksi di dalam Sistem Aplikasi FoSIM Domestik ini.

Untuk menjalankan transaksi di Sistem Aplikasi FoSIM Domestik, anda mestilah mematuhi keperluan teknikal seperti berikut:
Sambungan Internet Jalur Lebar.
Komputer: Sekurang-kurangnya Intel Pentium 3 800 MHz atau AMD Duron 800 MHz processor.
RAM: 256MB.
Hard Drive: 10 GB.
Pengimbas atau kamera digital untuk mengimbas dokumen-dokumen berkaitan (jika perlu) untuk dilampirkan bersama-sama borang permohonan.
 
Sila baca dan fahamkan proses pendaftaran di bawah:
Log masuk ke Sistem Aplikasi FoSIM Domestik.
Klik Daftar Sekarang untuk mendaftar ID Pengguna.
Isikan Borang Pendaftaran Premis Makanan, ID Pengguna, Kata Laluan dan maklumat peribadi/syarikat dengan tepat.
Nota: Satu syarikat yang berdaftar boleh memiliki satu premis atau banyak premis. Alamat premis mungkin sama atau berbeza
Anda perlu bersetuju dengan terma dan syarat pendaftaran yang ditetapkan.
Cetak Slip Pendaftaran Premis untuk simpanan dan rujukan anda.
Pendaftaran Premis akan diposkan kemudian.
 
Contoh untuk mengisi borang pendaftaran premis.
Seksyen A
Seksyen B
Seksyen C
 
Sila klik pada butang "Sekolah Latihan Pengendali Makanan" dan "Tenaga Pengajar" untuk membuat pendaftaran dengan secara online.
 
i. Bagi permohonan akreditasi Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM)
 
Sila baca dan fahamkan proses pendaftaran di bawah
Log masuk ke Sistem Aplikasi FoSIM Domestik.
Klik Daftar Sekarang untuk mendaftar ID Pengguna.
Isikan Borang pengiktirafan Sekolah Latihan Pengendali Makanan dan maklumat peribadi/ syarikat dengan tepat.
Nota: Satu syarikat yang berdaftar boleh memiliki satu atau banyak bilik latihan dan mempunyai satu atau lebih tenaga pengajar
Anda perlu bersetuju dengan terma dan syarat pendaftaran yang ditetapkan.
Cetak Slip Permohonan untuk simpanan dan rujukan anda.
Semakan permohonan boleh dilihat di menu Status Permohonan.
 
ii. Bagi permohonan Kursus Wajib Tenaga Pengajar
 
Sila baca dan fahamkan proses pendaftaran di bawah
Log masuk ke Sistem Aplikasi FoSIM Domestik
Klik Daftar Sekarang untuk mendaftar ID Pengguna.
Isikan Borang Permohonan Kursus Wajib Tenaga Pengajar dan maklumat peribadi dengan tepat.
Anda perlu bersetuju dengan terma dan syarat pendaftaran yang ditetapkan.
Cetak Slip Permohonan untuk simpanan dan rujukan anda.
Jemputan kursus dan status terkini permohonan akan dimaklumkan kemudian.
Setelah mendapat surat jemputan kursus, bayaran sebanyak RM1240.00 hendaklah dikemukakan dalam bentuk wang pos / kiriman wang atau draf bank dalam tempoh 7 hari sebelum kursus atas nama Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.
Semakan permohonan boleh dilihat di menu Status Permohonan.
 
iii. Bagi permohonan pengiktirafan Tenaga Pengajar
 
Sila baca dan fahamkan proses pendaftaran di bawah
Log masuk ke Sistem Aplikasi FoSIM Domestik menggunakan ID Pengguna yang sama dengan Permohonan Kursus Wajib Tenaga Pengajar.
Isikan Borang Permohonan Pengiktirafan Tenaga Pengajar dan maklumat peribadi dengan tepat dan klik hantar.
Semakan permohonan boleh dilihat di menu Status Permohonan.
Adakah anda sudah bersedia untuk mendaftar?
Sila klik butang di bawah untuk membuat pendaftaran.